PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) kepada PTj di bawah TNC (P&I) dalam tempoh tiga (3) hari selepas mendapat minit mesyuarat daripada urus setia JKPU.
  2. Menyelaraskan kertas-kertas kerja yang dihantar oleh PTj kepada urusetia JKPU dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh terima arahan dan maklumat lengkap.
  3. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.