|
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) |
|
Written by Web Master
|
|
Wednesday, 30 January 2008 |
|
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) adalah kesinambungan daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). Pada tanggal 23 Mac 2005, Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Universiti Pendidikan Sultan Idris telah memperakukan Portfolio Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Y.Bhg Profesor Dr Md Noor Saleh yang pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) secara tidak lansung menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Pada 1 Disember 2005, Y.Bhg Profesor Dr Mohd Mustamam Abd Karim telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) menggantikan Profesor Dr Md Noor Saleh. Antara pusat-pusat yang diperakukan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor ialah Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)/Research Management Centre (RMC), Penerbit UPSI dan UPSI Holdings Berhad.Dengan penstrukturan ini, UPSI semakin terkehadapan dengan usaha-usaha memartabatkan dan memperkasakan pembangunan dan penyelidikan. Di bawah kepimpinan Y.Bhg Prof. Dr. Mohd Mustamam misi penyelidikan dilebarkan dengan berteraskan pengantarabangsaan. Beliau merupakan profesor yang berpengalaman luas dalam dunia penyelidikan. Dalam tempoh 6 bulan pertama kepimpinan beliau, UPSI telah berjaya mengukir nama di arena antarabangsa dengan muncul sebagai pemimpin dalam program "International Assessment for the Evaluation Education Achievement" dalam Forum Komunikasi Penyelidikan Pendidikan Malaysia-Indonesia di Universiti Negeri Malang dan juga telah berjaya menggondol pingat dalam 34th International Exhibition of Inventions New Techniques And Products. Keupayaan Profesor Dr Mohd Mustamam memimpin portoflio penyelidikan dan inovasi merupakan aset yang amat berharga kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris. |
|
Last Updated ( Friday, 01 February 2008 )
|
|
|
Written by PUSAT ICT
|
|
Monday, 09 August 2004 |
|
|
|
Last Updated ( Wednesday, 22 July 2009 )
|
|
|